Website counter

Friday, 29 June 2012

JENGKA TUJUH PAHANG


Assalamualaikum dan bersua pertama kali di halaman jengka tujuh Pahang.esipinoraini. Dah lama juga tak posting ni kerana tak ada apa-apa perkembangan yang baru. Tentang kursus, alhamdulillah sambutan sangat baik sekali. Kursus 2 Nov,16 Nov dan 23 Nov sudah penuh kerana hampir 30 peserta. Kebiasaannya, tidak semua yang datang.Ada 4-5 orang yang tak hadir kerana pelbagai alasan.Tak apalah itu hak masing-masing. Hanya kursus bulan Disember aje yang masih banyak kosong. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk booking. Sekiranya anda tidak dapat menghadiri kursus pada tahun ini, tahun depan ada lagi kursus.Ramai yang bertanya tak adakah kursus buat biskut?Alahai, kita baru saja habis raya. Relaklah dulu. Insyallah tahun depan akan dibuat.Sabarlah ye.
Baru-baru ini saya pulak pergi berkursus, buat donat yang sedap dan ada inti dengan Chef Daniel dan membuat nasi ayam Hainan dengan Chef Li. In

Pintu Masuk ke Felda Jengka


Felda Jengka 8 di Jerantut, Pahang selama ini selalunya sunyi dan sepi sahaja.Kalau ada yang bergerak, hanyalah kenderaan penduduk setempat semata-mata.Namun, kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengubah senario felda berkenaan pagi ini.
Jalan masuk ke felda berkenaan sesak bermula awal pagi lagi. Secara tiba-tiba, Jengka 8 berubah menjadi seolah-olah metropolitan yang berdepan dengan kesesakan pada sebelah pagi.Dijangka 30,000 peneroka dari seluruh semenanjung datang ke program Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri.Khabar gembira menanti para peneroka di program itu.Gambar: Laluan masuk ke Felda Jengka 8 sesak teruk pagi ini.


Dusun rambutan belakang rumah ku di Jengka Tujuh


Musim buah sudah tiba.Inilah raja buah,durian.Saya mempunyai 8 ekar dusun buah durian.Apabila tiba musim buah ramai sanak sauddara yang datang, kawan kawan dan orang ramai untuk makan buah dan ada juga peraih peraih cina yang datang untuk membeli secara borong untuk dibawa ke serata tempat di dala dan luar negara untuk berniaga.






Yang ini pulak ialah buah nangka,isinya kuning dan sedap.Buahnya besar kadangkala ianya boleh mencapai sehingga 10 kilo sebiji.Ramai orang menjualnya diteapi tepi jalan di setiap kampung dan bandar.Tetapi nangka juga mempunyai musim  seperti durian.Ianya tidak selalu ada dipasaran.






Yang ini ialah ayam kampung betina.Ianya suka duduk diatas pokok untuk mencari ulat ataupun serangga serangga kecil untuk dijadikan makanannya.Orang cina menggemarai ayam kampung kerrana merka menganggap ayam kampung  banyak khasiat dan kelebihanya.Harga ayam kampung pula selalunt\ya naik berbanding dengan ayam ternak kerana ayam ternak biasanya makan makanan yang dipaket dan bergantung kepada sau jenis sahaja, tambahan pula pad damasa kini para pnerternak biasanya menginjek ayam ayam ternak dengan menggunakan bahan kimia tertentu untuk tujuan bagi tumbesaran yang optimum.

Pada masa kini Felda telah menjadi lebih besar dan global. Felda telah pun mempunyai bangunan pencakar langit sendiri yang ersergam indah di Bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption

Menara Felda

Tentu sekali warga Felda seluruh negara akan merasa bangga yang amat sangat lantaran daya usaha dan penat lelah yang selama ini dilalui telah membuahkan hasilnya. Tiada lagi rumah peneroka asal yang kecil dan daif lantaran telah digantikan dengan rumah banglo mewah yang bergaya lambang kejayaan usaha gigih pengorbanan twk kira penat. Begitulah hasil nya berbakti dengan bumi...




Salah satu kejayaan disebuah perkampungan yang dahulunya meruppakan tanah terokaan Felda di Bukit Keratong, Gemencih Negeri Sembilan. Terdapat juga peningkatan dari segi pendidikan yang lahir dari Institusi pengajian tinggi dikalangan anak anak Felda. Ramai yang lulus dan menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta