Assalamualaikum dan bersua pertama kali di halaman jengka tujuh Pahang.esipinoraini. Dah lama juga tak posting ni kerana tak ada apa-apa perkembangan yang baru. Tentang kursus, alhamdulillah sambutan sangat baik sekali. Kursus 2 Nov,16 Nov dan 23 Nov sudah penuh kerana hampir 30 peserta. Kebiasaannya, tidak semua yang datang.Ada 4-5 orang yang tak hadir kerana pelbagai alasan.Tak apalah itu hak masing-masing. Hanya kursus bulan Disember aje yang masih banyak kosong. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk booking. Sekiranya anda tidak dapat menghadiri kursus pada tahun ini, tahun depan ada lagi kursus.Ramai yang bertanya tak adakah kursus buat biskut?Alahai, kita baru saja habis raya. Relaklah dulu. Insyallah tahun depan akan dibuat.Sabarlah ye.
Baru-baru ini saya pulak pergi berkursus, buat donat yang sedap dan ada inti dengan Chef Daniel dan membuat nasi ayam Hainan dengan Chef Li. In
|
|
Pintu Masuk ke Felda Jengka
Felda Jengka 8 di Jerantut, Pahang selama ini selalunya sunyi dan sepi sahaja.Kalau ada yang bergerak, hanyalah kenderaan penduduk setempat semata-mata.Namun, kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengubah senario felda berkenaan pagi ini.
Jalan masuk ke felda berkenaan sesak bermula awal pagi lagi. Secara tiba-tiba, Jengka 8 berubah menjadi seolah-olah metropolitan yang berdepan dengan kesesakan pada sebelah pagi.Dijangka 30,000 peneroka dari seluruh semenanjung datang ke program Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri.Khabar gembira menanti para peneroka di program itu.Gambar: Laluan masuk ke Felda Jengka 8 sesak teruk pagi ini.
|
 |
Dusun rambutan belakang rumah ku di Jengka Tujuh |
Musim buah sudah tiba.Inilah raja buah,durian.Saya mempunyai 8 ekar dusun buah durian.Apabila tiba musim buah ramai sanak sauddara yang datang, kawan kawan dan orang ramai untuk makan buah dan ada juga peraih peraih cina yang datang untuk membeli secara borong untuk dibawa ke serata tempat di dala dan luar negara untuk berniaga.
Yang ini pulak ialah buah nangka,isinya kuning dan sedap.Buahnya besar kadangkala ianya boleh mencapai sehingga 10 kilo sebiji.Ramai orang menjualnya diteapi tepi jalan di setiap kampung dan bandar.Tetapi nangka juga mempunyai musim seperti durian.Ianya tidak selalu ada dipasaran.